Cikgu kita dulu-dulu mesti akan cakap ‘ingat je, memang dah macam tu’. Jadi kita pun hafal saja nilai pi. Tapi sekarang kita yang jadi cikgu. Adakah kita akan berikan jawapan yang sama?
Sebenarnya, kita boleh membuat aktiviti ringkas untuk murid-murid mencari asalnya nilai pi. Ringkasnya seperti berikut:
1. Setiap murid perlu membawa apa-apa benda yang berbentuk bulat (cth: dasar botol air mineral, duit syiling, penutup tin, dasar bekas makanan, etc).
2. Lukiskan bulatan menggunakan alatan tadi.
3. Ukur lilitan dan diameter bulatan.
4. Cari hasil bahagi lilitan/diameter.
5. Tanya setiap murid nilai yang mereka dapat (semua dapat nilai yang sama?)
Akhir sekali cikgu akan berkata ‘itulah asalnya nilai pi’.
Note:
1. Gunakan benang untuk mencari nilai lilitan bulatan.
2. Untuk mencari nilai diameter bulatan, potongkan bulatan yang dilukis tadi. Kemudian lipat bulatan itu kepada 2 bahagian. Garis tengah kesan lipatan itu adalah diameter bulatan.
No comments:
Post a Comment