Selamat menempuh peperiksaan Sem 3

Isu Kontemporari 04.04.2009
Dan
Non Para 10.04.2009

Info Master...

 

 

MAC 2009

Selamat Meneruskan Pengajian
Minggu ke-14(tinggal beberapa hari lg untuk exam)

Exam ISU KONTEMPORARI
Jumaat 4 APRIL 2009

Kelas Minggu Tak Ada
Ganti Hari Sabtu

28 MAC 2009
9.00 pagi

Ada Masalah Tak?

Selamat Mengulangkaji....

 

 

Saturday, December 27, 2008

SISTEM SEKOLAH VERNAKULAR WAJAR DITAMATKAN

Utusan Malaysia 3 Disember 2008
HarakahDaily.net

Cadangan Datuk Mukhriz Mahathir supaya sistem sekolah vernakular ditamatkan merupakan cadangan yang amat baik. Malah, bukan pertama kali cadangan seumpama itu dikemukakan. Penyata Razak 1956 secara jelas mencadangkan supaya ditubuhkan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada pelajar daripada semua kaum.Dengan menutup sekolah pelbagai aliran, ini akan memberi ruang kepada sekolah kebangsaan yang sedia ada untuk membawa aspirasi cadangan ini.

Pelajar daripada semua kaum akan belajar di bawah sistem satu sekolah. Ini bukan sahaja akan membolehkan mereka melalui sukatan pelajaran yang sama, malah turut memberikan pendedahan awal untuk mereka hidup di dalam persekitaran kepelbagaian kaum.Pendedahan awal untuk mereka hidup di dalam persekitaran kepelbagaian kaum adalah amat penting. Ini akan membolehkan mereka mengadaptasi segala permasalahan yang timbul sesama mereka dan seterusnya mencapai persefahaman daripadanya di peringkat seawal sekolah rendah. Ini akan menjadi satu batu asas yang amat kukuh buat para pelajar yang melalui sistem satu sekolah untuk mencorak kehidupan bermasyarakat di masa hadapan dengan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia.Namun saya berpandangan, untuk mengukuhkan lagi cadangan Datuk Mukhriz Mahathir, adalah amat besar keperluan untuk Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di dalam sistem ini. Ini termasuklah dengan menamatkan program PPSMI yang ternyata akan merosakkan usaha murni untuk membina kesatuan di kalangan para pelajar di dalam sistem satu sekolah. Ini kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang dapat dimanfaatkan sebagai bahasa perpaduan dan kesatuan di antara kaum.Tanpa menidakkan cadangan mewajibkan bahasa lain di dalam sistem satu sekolah untuk diajarkan kepada para pelajar berasaskan kaum mereka. Iaitu Bahasa Mandarin untuk kaum Cina dan Bahasa Tamil untuk kaum India.Sistem sekolah vernakular sememangnya merupakan antara faktor penting yang menyumbang kepada polarisasi kaum yang semakin tampak jelas di Malaysia pada hari ini. Seharusnya para pemimpin yang mewakili kaum-kaum masing-masing harus berasa gusar dengan perkembangan yang cukup mencemaskan ini. Tidak terhad kepada pimpinan di lapangan politik, pimpinan di lapangan ekonomi dan sosial juga harus maju ke hadapan memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah ini.Pandangan Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arsyad bahawa perlu ada keazaman politik untuk merealisasikan objektif daripada cadangan Datuk Mukhriz Mahathir harus diberi pertimbangan mendalam oleh para pimpinan yang mewakili kaum masing-masing. Sekiranya benar kita semua serius untuk menangani masalah polarisasi kaum hari ini, para pimpinan kaum perlu secara tulus dan telus untuk mencapai persefahaman di dalam hal ini.Sekiranya para pimpinan kaum masing-masing asyik berkeras menuding jari tanpa bersedia duduk semeja secara serius untuk mencapai persefahaman, maka Malaysia sebenarnya sedang menuju fasa akhir kewujudan sesebuah negara selari dengan teori Ibnu Khaldun di dalam Kitab Mukaddimah karangannya.Saya optimis, sekiranya Malaysia masih punya pimpinan yang jujur dan berjiwa besar, masalah polarisasi kaum hari ini akan dapat diselesaikan dalam kadar yang segera. Seperti mana batu asas perpaduan kaum yang dibina oleh pimpinan kita di awal penubuhan Malaysia, kesediaan pimpinan hari ini untuk mengabaikan kepentingan yang bersifat rigid dan individualistik akan berhasil membina batu pengukuh perpaduan di Malaysia.Demi mencapai manfaat yang lebih besar dan berpanjangan di Malaysia, polarisasi kaum harus segera dihapuskan. Langkah awalnya adalah dengan bersetuju secara bersama untuk menamatkan sistem sekolah vernaklar ke arah sistem satu sekolah buat semua kaum di Malaysia.

Friday, December 26, 2008

Contohilah Jepun

Dari blog UniPTS:

Saya adalah guru yang mengajar sains. Dilema PPSMI ini memang bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Memang ramai juga yang mahu ia dikekalkan dalam bahasa inggeris.Namun, saya lebih nampak ia membawa banyak keburukan dari kebaikkan. Saya sangat yakin, kita masih boleh berjaya dengan bahasa kita sendiri.
Malah kita tetap boleh lebih berjaya jika kita tidak menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua sekalipun dalam segala aspek di Malaysia. Lihat contoh di Jepun, Jerman, Rusia dan pelbagai lagi negera maju lain yang tidak langsung mengutamakan bahasa Inggeris. Mereka cukup bangga dengan bahasa mereka. Kenapa tidak kita?
Kita tidak sepatutnya menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang utama. Sebaiknya, kita perlu pergiatkan lagi usaha-usaha penterjemahan segala ilmu kepada bahasa kita sendiri seperti yang pernah dilakukan oleh Jepun.
Saya pernah terbaca bagaimana Jepun boleh maju dengan begitu cepat selepas zaman kejatuhannya. Raja mereka telah menghantar begitu ramai rakyatnya ke luar negara untuk memperoleh ilmu. Kemudian, golongan inilah yang telah menukarkan segala ilmu yang mereka perolehi kepada bahasa ibunda mereka dan mengajarnya kepada rakyat yang lain.
Akhirnya rakyat Jepun hidup begitu maju dengan hanya menggunakan bahasa mereka sendiri. Malah, rakyat asing yang ingin bekerja di tempat mereka juga mesti menguasai bahasa mereka. Jika hanya tahu berbahasa Inggeris pasti akan menghadapi masalah untuk mencari kerja di sana. Begitulah mereka berbangga dengan bahasa mereka sendiri.
Walaupun keperluan menukarkan semula Matematik dan Sains kepada bahasa Melayu, saya tetap merasakan bahasa Inggeris itu penting. Namun, bukan dengan cara seperti ini. Kita tidak boleh mengorbankan perkara lain untuk memudahkan perkara lain.
Saya lihat PPSMI ini telah banyak mengorbankan Matematik dan Sains semata-mata untuk memajukan English. Adakah ini patut?
Sebagai guru yang mengajar subjek ini, saya rasa sangat sedih kerana pelajar-pelajar tidak lagi kerap bertanya dan berbincang di dalam kelas seperti dahulu. Malah, semakin ramai yang tidak dapat menguasai subjek ini walaupun pada topik-topik yang sangat senang.
Saya merasakan pemilihan subjek sains dan matematik untuk meningkatkan bahasa Inggeris adalah sesuatu yang silap. Kerana pelajar terbeban dengan dua perkara - memahami bahasa Inggeris dan memahami sains/matematik. Tetapi, jika kita tukarkan kepada subjek kemahiran - mungkin boleh. Ini cuma pandangan saya sahaja. Lagipun, beberapa tahun yang lalu, saya pernah mengajar lukisan dan IT dengan menggunakan bahasa Inggeris (sekadar untuk praktis sendiri) dan saya dapati pelajar saya dapat mengikuti kelas saya dengan baik. Keadaan tidak sama seperti semasa saya mengajar sains!
Seperkara lagi, saya berasa cukup hairan apabila ramai pelajar saya yang mendapat A atau B dalam Sains UPSR, tetapi banyak perkara asas sains yang tidak diketahui oleh mereka. Perkara ini tidak pernah berlaku semasa di zaman bahasa melayu dulu. Seolah-olah kualiti pelajar semakin menurun. Pada kebiasaannya, kita boleh menilai kemampuan menguasai sesuatu subjek dengan melihat keputusan mereka yang lalu (UPSR) walaupun ianya tidak semestinya begitu. Adakah ini yang kita mahukan?
Saya berharap, pelbagai pihak dapat memikirkan semula pelaksanaan PPSMI ini dengan sebaiknya. Buatlah kajian lebih lanjut akan kesannya kepada anak bangsa kita sendiri dan kesannya kepada bahasa ibunda yang tercinta ini.

Dapat A tetapi tidak tahu konsep (hafalan)

Al Bakri fil Muar30 Nov. 2008

Nak ulas tentang tajuk diatas. Keputusan UPSR sudah lama keluar baru sekarang nak buat ulasan. Bukannya apa, ana nak ikuti ulasan-ulasan dari blogger-blogger lain dan kerajaan.
Ana baru sahaja tahu, ada sebuah sekolah yang prestasi yang boleh dikatakan amat cemerlang. Peningkatan pemahaman dan murid-murid yang mendapat 5A dalam lingkungan 10 - 20 orang. Tapi tahun ni nampak keputusan menunjukkan penurunan mendadak kurang dari sepuluh. Rasanya ada juga sekolah yang tidak ada langsung mendapat 5A.
Kita ibubapa minta supaya kementerian menyiarkan statistik keputusan UPSR mengikut negeri dan daerah.
Elok sangatlah kalau ditukar semula ke bahasa Melayu.
Baca komen dibawah, ana ambil dari TKO
Dari blog UniPTS:
Saya adalah guru yang mengajar sains. Dilema PPSMI ini memang bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Memang ramai juga yang mahu ia dikekalkan dalam bahasa Inggeris.
Namun, saya lebih nampak ia membawa banyak keburukan dari kebaikkan. Saya sangat yakin, kita masih boleh berjaya dengan bahasa kita sendiri.
Malah kita tetap boleh lebih berjaya jika kita tidak menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua sekalipun dalam segala aspek di Malaysia. Lihat contoh di Jepun, Jerman, Rusia dan pelbagai lagi negera maju lain yang tidak langsung mengutamakan bahasa Inggeris. Mereka cukup bangga dengan bahasa mereka. Kenapa tidak kita?
Kita tidak sepatutnya menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang utama. Sebaiknya, kita perlu pergiatkan lagi usaha-usaha penterjemahan segala ilmu kepada bahasa kita sendiri seperti yang pernah dilakukan oleh Jepun.
Saya pernah terbaca bagaimana Jepun boleh maju dengan begitu cepat selepas zaman kejatuhannya. Raja mereka telah menghantar begitu ramai rakyatnya ke luar negara untuk memperoleh ilmu. Kemudian, golongan inilah yang telah menukarkan segala ilmu yang mereka perolehi kepada bahasa ibunda mereka dan mengajarnya kepada rakyat yang lain.
Akhirnya rakyat Jepun hidup begitu maju dengan hanya menggunakan bahasa mereka sendiri. Malah, rakyat asing yang ingin bekerja di tempat mereka juga mesti menguasai bahasa mereka. Jika hanya tahu berbahasa Inggeris pasti akan menghadapi masalah untuk mencari kerja di sana. Begitulah mereka berbangga dengan bahasa mereka sendiri.
Walaupun keperluan menukarkan semula Matematik dan Sains kepada bahasa Melayu, saya tetap merasakan bahasa Inggeris itu penting. Namun, bukan dengan cara seperti ini. Kita tidak boleh mengorbankan perkara lain untuk memudahkan perkara lain.
Saya lihat PPSMI ini telah banyak mengorbankan Matematik dan Sains semata-mata untuk memajukan English. Adakah ini patut?
Sebagai guru yang mengajar subjek ini, saya rasa sangat sedih kerana pelajar-pelajar tidak lagi kerap bertanya dan berbincang di dalam kelas seperti dahulu. Malah, semakin ramai yang tidak dapat menguasai subjek ini walaupun pada topik-topik yang sangat senang.

Sains, Matematik, bahasa Inggeris: Anak murid ‘terkorban’

Masali Jan 20, 05 1:47pm

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah bagi matapelajaran Sains dan Matematik sudah menjangkau tahun ketiga. Banyak sudah maklumbalas yang kita terima sama ada positif atau sebaliknya. Bagi pihak berkuasa, terutama Kementerian Pelajaran, P&P berbahasa Inggeris menampakkan peningkatan dan murid-murid tidak banyak menghadapi masalah. Kepada sebahagian besar ibu bapa, terutama di luar bandar, keadaan ini membimbangkan mereka. Kebimbangan ini disebabkan ada ibu bapa tidak dapat membantu menyemak dan mengajar anak-anak mereka kerana mereka sendiri tidak arif tentang mata pelajaran tersebut. Mereka amat ingin sekali membantu tetapi tidak berupaya.
Bagi yang berkemampuan, mereka akan menghantar anak-anak ke pusat tuisyen, itupun jika ada di tempat mereka. Sekiranya tiada, maka terpaksalah si anak belajar sendiri bergantung kepada teks wajib dan bimbingan guru. Hal yang sama mungkin dihadapi oleh murid di SRJK (Cina/Tamil) dan SMK (Cina) yang juga dikehendaki menggunakankan bahasa Inggeris bagi P&P mata pelajaran Sains dan Matematik.
Untuk melihat lebih jelas senario P&P berbahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah, ada baiknya saya lampirkan kebimbangan salah seorang guru yang menamakan dirinya Cikgu Komando yang terlibat dengan P&P Sains. Katanya: Polemik mengenai penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik amat merisaukan semua pihak, termasuk para guru dan ibu bapa. Sebagai seorang guru yang terlibat mengajar sains tingkatan satu, saya ingin memberikan pandangan terperinci berdasarkan pemeriksaan terhadap mutu jawapan pelajar dalam kertas soalan peperiksaan sebuah sekolah luar bandar. Untuk makluman, saya juga adalah salah seorang pemeriksa kertas bagi Lembaga Peperiksaan Malaysia. Terdapat tiga kategori pelajar sebenarnya. Yang pertama; memang mahir dalam Bahasa Inggeris dan mahir konsep sains. Yang kedua: mahir konsep sains tetapi lemah Bahasa Inggeris ataupun mahir Bahasa Inggeris tetapi lemah konsep sains. Yang ketiga dan dominan: konsep sains lemah dan Bahasa Inggeris pun lemah. Saya tidaklah mempunyai kaedah canggih, laporan tesis dan penyelidikan peringkat tinggi untuk membuktikannya, seperti pihak kementerian Pendidikan; tetapi sekadar jujur dan ikhlas menyatakan yang benar dan tersurat berdasarkan pengalaman mengajar (tidak hanya duduk dalam pejabat dan melemparkan dasar dan pelbagai rumusan pendidikan untuk memuaskan hati orang atasan). Saya sukar untuk merumuskan kelemahan pelajar dari segi konsep sains mahupun bahasa kerana keadaan ini menjadi lebih parah dengan perlaksanaan bahasa asing. Ini terbukti dalam banyak ujian Kertas 2 sains yang dijalankan di sekolah:

a) Kebanyakan pelajar tidak mampu memahami arahan dan kehendak soalan. Jawapan mereka memang entah apa-apa. Soalan lain jawabnya lain.

b) Pelajar tidak mampu menghuraikan jawapan sepertimana yang dikehendaki dalam skema jawapan. Hanya yang betul-betul cerdik (kategori pertama) mampu.

c) Banyak ruang jawapan kosong (tak boleh jawab langsung) Apakah sebenarnya yang sedang kita lakukan kepada anak bangsa kita? Wajarkah masa depan mereka dieksperimenkan hanya untuk memastikan satu hipotesis iaitu ‘pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mampu meningkatkan mutu pencapaian Bahasa Inggeris’ boleh diterima atau tidak? Kalau kita menunggu kejayaan anak didik pertama hasil dasar ini pada 2008, wajarkah kita meminggirkan ketidaktentuan yang berlaku pada anak-anak didik dari tahun 2002-2008? Mereka dijadikan bahan eksperimen dengan keputusan ujian dan peperiksaan yang menyedihkan. Siapa yang akan menanggung risiko daripada perubahan dasar ini? Pembuat dasar? Ibu bapa? Guru-guru? Atau murid-murid itu sendir i…?

Bagaimanakah perasaan ibu bapa yang anak anak mereka dilaburkan untuk ‘dileburkan’ oleh dasar ini. Apakah semua saintis, para doktor, jurutera dan ilmuwan Melayu masakini semuanya lahir hanya pada zaman bila sains dan matematik diajar dalam Bahasa Inggeris? Saya tidaklah terlalu fanatik dalam soal bahasa Melayu, cuma sekadar memikirkan kesan dan implikasi perlaksanaan dasar ini sekarang yang sedang membarah di kalangan anak-anak kita. Pergilah ke sekolah dan ambillah keputusan subjek Sains dan Matematik untuk dikaji kembali secara menyeluruh. Janganlah hanya ke sekolah di bandar dan sekolah terkemuka untuk melaksanakan kajian. Berlaku jujurlah. Semua ibu bapa yang menatap tulisan ini juga tahu mengenai prestasi anak mereka masing-masing dalam subjek ini. Biarlah kerugian wang berjuta-juta ini dihentikan sekarang demi memastikan anak-anak masakini dan akan datang, terbela.Yang sudah tu sudahlah..Jangan biarkan sampai lebih ramai lagi yang menjadi ‘korban’ kerana perlaksanaan terburu-buru ini.

Thursday, December 25, 2008

Fokus PPSMI



Written by Super Admin
Thursday, 20 November 2008 20:46
Peningkatan bilangan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak boleh dijadikan ukuran bagi menggambarkan pencapaian sebenar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sebaliknya, ramai pihak berpendapat banyak faktor yang perlu diambil kira dan dikaji bagi menentukan pelaksanaan dasar itu perlu diteruskan atau sebaliknya. Antaranya tahap penguasaan pelajar khususnya di luar bandar yang jelas masih dibelenggu pelbagai kekurangan dan persekitaran sukar bagi menyokong penguasaan bahasa Inggeris mereka. Jurang pencapaian semakin melebar antara pelajar bandar dan luar bandar perlu diteliti, selain menilai keupayaan guru melaksanakan dasar itu.
Profesor Diraja Ungku Aziz, berpendapat pergantungan terhadap statistik seperti jumlah calon mendapat 5A atau menjawab soalan dalam bahasa Inggeris dalam menetapkan pelaksanaan dasar pendidikan tidak wajar kerana ia tidak menggambarkan keupayaan keseluruhan pelajar.
Sebaliknya, beliau mencadangkan pendekatan baru kaedah pengajaran dan pembelajaran dirangka bagi membolehkan pelajar menguasai dan menggunakan kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris secara serentak. "Memastikan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar tidak harus diambil ringan kerana ia satu-satunya instrumen perpaduan paling berkesan diterapkan dalam sistem pendidikan, sekali gus dapat memastikan kelestarian pembangunan negara pada masa depan. "Pada masa sama, pelajar perlu digalakkan menguasai bahasa Inggeris supaya mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan globalisasi. "Utamakan penguasaan pelajar dalam kedua-dua bahasa itu dulu, baru ia boleh dijadikan instrumen dalam PPSMI, sekali gus menggalakkan mereka meluaskan pembacaan dalam pelbagai bahasa untuk menambah ilmu, bukan sekadar lulus peperiksaan saja," katanya.
Tokoh Akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad, pula menegaskan kajian terperinci perlu dilaksanakan pihak terbabit dengan membuat perbandingan menyeluruh pencapaian UPSR pelajar di bandar dan luar bandar dalam kedua-dua mata pelajaran itu. Yang jelas, katanya, peningkatan prestasi pelajar bandar dalam UPSR khususnya mata pelajaran Sains dan Matematik sememangnya diakui kerana mereka lebih berupaya memanfaatkan pelbagai kemudahan serta maklumat dalam bahasa Inggeris sama ada melalui buku, internet atau media lain. "Namun, kejayaan segelintir pelajar di bandar atau daripada kumpulan elit tidak wajar dijadikan alasan untuk meneruskan dasar yang sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan bagi majoriti pelajar lain khususnya di luar bandar. "Jika dasar ini diteruskan, ia dilihat sebagai penyumbang ke arah keburukan bagi pengembangan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi di negara ini. "Malah, dasar itu secara terang-terangan menidakkan keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi dalam keadaan negara kini menuju ke arah negara maju. "Kesannya, kita akan lihat bahasa Melayu akan terus ketinggalan dan akhirnya menyebabkan kematian bahasa kebangsaan itu sendiri," katanya. Seorang lagi tokoh akademik, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, berkata walaupun mencatat peningkatan memberangsangkan, peratusan pelajar yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris masih rendah dan kemungkinan kebanyakan pelajar terbabit dari kawasan bandar serta sudah biasa menggunakan bahasa antarabangsa itu dalam kehidupan harian. Justeru, katanya, punca lebih 60 peratus pelajar yang masih tidak menggunakan bahasa itu untuk menjawab soalan peperiksaan perlu dikaji, sekali gus mengenal pasti permasalahan dalam pelaksanaan dasar berkenaan. "Kajian saya bersama empat pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris mendapati sejumlah 85 peratus murid melaporkan guru mereka mengajar Matematik dan Sains menggunakan campuran bahasa Melayu dan Inggeris, selain sebahagian besar murid atau 83 peratus meluahkan perasaan kesukaran mempelajari Sains dalam bahasa antarabangsa itu, walaupun mereka mempelajari subjek berkenaan sejak 2003," katanya.
Sumber : Berita Harian

Belum membanggakan


Penggunaan BI dalam UPSR 2008 belum membanggakan - Kesatuan Guru KUALA LUMPUR, 15 Nov (Hrkh) - Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidak boleh dirumuskan bahawa murid-murid sudah boleh menerima Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana jurang perbezaan mereka di luar bandar dengan bandar masih besar, demikian menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia Mohd Sabri Mohd Arshad.Katanya, sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. "Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, Melayu atau Inggeris, ini memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," katanya ketika dihubungi. Beliau juga yakin, peratusan murid yang menggunakan Bahasa Inggeris masih lagi tahap yang rendah bagaimanapun keputusan itu disambut baik.
Dalam melaksanakan PPSMI, beliau menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain. "Sekarang ini pembelajaran BI untuk darjah satu hingga tiga hanya lapan waktu sahaja manakala empat hingga enam ada tujuh waktu sahaja, kelas ini perlu diperbanyakkan dan sukatan pula diperluaskan seperti mewujudkan kelas komunikasi dalam BI dan juga bahasa-bahasa lain termasuklah Bahasa Arab," katanya. Sabri juga melahirkan kebimbangan kerana guru-guru yang ada tidak diberi intensif untuk memantapkan Bahasa Inggeri mereka sedangkan ramai di kalangan mereka tidak boleh menguasai bahasa itu. "Guru-guru ini ada kemahiran tinggi dalam matematik dan sains tetapi mereka kurang menguasai Bahasa Inggeris, menyebabkan terpaksa mengajar dalam dua bahasa sekali gus ia membuang masa," katanya. Menurut kerajaan, UPSR kali ini membuktikan pelaksanaan PPSMI sejak 2003 tidak menjejaskan prestasi murid, walaupun jumlah murid yang memperoleh 5A menurun tetapi murid mendapat 4A meningkat manakala calon gagal berkurangan. - mns_ Sumber :- harakahdaily.net

kemana hala tuju PPSMI selepas 2008

...hai ....risau dan parah jugak....

Metro

KETIKA Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada 2003, matlamatnya untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris (BI) sejajar memenuhi permintaan global yang kian mencabar.Meskipun wujud polemik pada awal pengenalannya, semua pihak mengalu-alukan langkah itu.

Bagaimanapun, selepas enam tahun pelaksanaannya, ada suara yang mempertikaikan kewujudan PPSMI.Lebih menimbulkan konflik, apabila PPSMI dianggap satu pembaziran kerana keputusan kebanyakan pelajar terutama di luar bandar kurang memberangsangkan.Natijahnya, ada pihak tertentu menyarankan PPSMI ditukar kepada sistem pembelajaran sebelum ini dalam bahasa Melayu.Persoalannya, adakah objektif PPSMI gagal? Adakah benar ia satu pembaziran dan wajar diberhentikan? Bagaimana pula dengan pelajar yang berjaya?Walaupun keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan Khamis lalu menunjukkan peningkatan pelajar menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, namun ada penurunan pelajar yang mendapat 5A dalam semua subjek.Kebanyakan mereka hanya mendapat 4A dan B atau C dalam subjek Matematik dan Sains.Jadi, rasionalkah keputusan UPSR ini dijadikan kayu pengukur untuk menilai reputasi PPSMI?Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, berkata tidak perlu menunggu keputusan UPSR untuk meneruskan PPSMI, sebaliknya pelaksanaannya perlu merujuk kepada objektif utama ia diperkenalkan pada 2003.Menurutnya, bukan isu utama untuk memperkatakan mengenai sama ada PPSMI berjaya atau tidak, tetapi perlu mencari jalan terbaik menyelesaikan kemelut yang berlaku apabila ia diperkenalkan.“Dalam isu ini, semua aspek perlu dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan terbaik. Sepanjang enam tahun ia dilaksanakan, ada pelajar yang boleh mengikutinya dan ada yang gagal.“Pemantauan serius perlu dititikberatkan kepada mereka yang lemah terutama di luar bandar. Pelajar cemerlang dalam PPSMI juga perlu diberi perhatian,” katanya.PPSMI diperkenalkan atas kesedaran membantu meningkatkan kualiti tahap pendidikan pelajar dalam menguasai BI sebagai medium penjanaan globalisasi.Malangnya, pengenalan ini menimbulkan reaksi pro dan kontra daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang menyatakan langkah itu tepat kerana dapat membantu pelajar lemah memperbaiki mutu pencapaian BI manakala sebahagiannya membantah kerana bimbang pencapaian mereka lebih merosot.Mengulas sama ada kejayaan PPSMI ini mampu dikecapi sebahagian besar pelajar, Syed Anuar berkata, dalam konteks ini, bukan hanya melihat kepentingannya pada kelompok pelajar tertentu tapi keseluruhan.Menurutnya, tidak dapat dinafikan kebanyakan pelajar luar bandar ketinggalan dalam pelaksanaan PPSMI ini, namun mereka tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya.“Bukankah lebih baik jika mereka diberi pendedahan lebih luas seperti meningkatkan kesedaran melalui pembacaan. Ia membantu menarik minat mereka mengenai kepentingan BI.“Tetapi, jangan korbankan masa depan pelajar cemerlang dengan kurang mengendahkan mereka kerana sudah yakin terhadap pencapaian sedia ada. Setiap pelajar adalah aset bagi semua, tidak perlu ada diskriminasi,” katanya.Bagi mengatasi kemelut ini, GPMS menyarankan melaksanakan pendekatan sistem dua aliran supaya masalah sedia ada tidak berlarutan.Melalui sistem ini, pelajar cemerlang boleh mengikuti PPSMI dalam BI manakala kurang cemerlang mengikutinya dalam bahasa Melayu.Syed Anuar berkata, jika PPSMI diberhentikan, ia akan menyebabkan pembaziran kerana kerajaan membelanjakan peruntukkan besar bagi melaksanakannya.“Sudah banyak wang dibelanjakan, jadi kita tidak dapat menolak hakikat itu.“Bagi saya, teruskan PPSMI tapi biarlah ada pemantauan secara menyeluruh agar objektif yang disasarkan dapat dicapai dan tidak membebankan pelajar,” katanya.Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Wilayah Persekutuan (PIBGWP), Datuk Suhaimi Yaacob, berkata pengenalan PPMSI perlu dilihat dan dinilai secara menyeluruh.Menurutnya, subjek BI sedia ada sudah memadai bagi membantu pelajar menguasai BI dan tidak perlu diperkenalkan dalam Sains dan Matematik.“Jika objektif utama untuk memperkasakan penggunaan BI kepada pelajar, rasanya tidak perlu membuat uji kaji dalam Sains dan Matematik.“Lebih baik mewujudkan keseimbangan dalam penggunaan semua bahasa. Ini satu aset dalam membina kejayaan generasi masa depan.“Kita mahu generasi masa depan mampu menguasai pelbagai bahasa dengan baik, justeru tidak perlu memberi penekanan atau fokus pada BI keterlaluan hingga menyebabkan kepincangan dalam aspek lain,” katanya.

Komen :Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron


Ditulis oleh suhaimi

Wednesday, 04 June 2008


Kementerian perlu buat kajian guru, pelajar lemah penguasaan bahasa Inggeris
KEMENTERIAN Pelajaran sekali lagi disaran supaya mengkaji semula pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak lima tahun lalu kerana ia gagal meningkatkan pemahaman konsep, ilmu dan kemahiran kedua-dua subjek berkenaan. Tokoh Akademik, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron, berkata kegagalan pelaksanaan program itu antara lain berpunca penguasaan bahasa Inggeris kebanyakan guru sendiri lemah untuk menerangkan aspek terbabit dengan jelas. Katanya, keadaan lebih membimbangkan kerana kelemahan penguasaan bahasa Inggeris begitu ketara di kalangan pelajar Melayu dan Orang Asli hingga menyebabkan mereka payah mengikuti proses pembelajaran dua subjek itu.
Beliau berkata, hasil kajiannya bersama empat pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaksanakan dalam tiga kohort iaitu pada Februari 2007 membabitkan 1,564 murid Tahun Lima di 27 sekolah rendah, diikuti Julai 636 murid dari 13 sekolah rendah. Seterusnya Januari lalu, tinjauan dilaksanakan membabitkan 1,703 murid Tahun Lima dari 28 sekolah rendah.
“Sejumlah 85 peratus murid melaporkan guru mereka mengajar Matematik dan Sains dengan menggunakan campuran bahasa Melayu dan Inggeris. Ini kerana guru ingin membantu muridnya yang ramai lemah bahasa Inggeris untuk memahami apa yang diajar. “Analisis responden Januari lalu menunjukkan hanya 17.0 peratus murid daripada semua kaum menyatakan mudah mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris. “Peratusan ini jelas menunjukkan sebahagian besar murid atau 83 peratus meluahkan perasaan kesukaran mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris, walaupun mereka mempelajari subjek ini sejak 2003,” katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah pada Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di UPSI di Tanjung Malim, semalam.
Isahak berkata, hasil kajian itu jelas membuktikan bahawa pelaksanaan PPSMI memberi kesan negatif terhadap sebahagian besar murid terutama di kalangan Bumiputera di kawasan luar bandar dan masyarakat Orang Asli. Beliau berkata, pelaksanaan itu juga tidak meningkatkan minat murid menguasai kedua-dua mata pelajaran berkenaan kerana penggunaan bahasa Inggeris sendiri sukar dikuasai, kemudian dipaksa pula menggunakan bahasa itu dalam subjek Sains dan Matematik. “Secara purata, lebih 75 peratus murid Melayu Tahun Lima menyatakan mereka kerap dan kadang-kadang merujuk buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu jika tidak faham penerangan dalam bahasa Inggeris. “Kira-kira 35 peratus menyatakan mereka memiliki buku rujukan Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu sebagai tambahan,” katanya. Kesimpulannya, Isahak berkata, nyata 80 peratus murid daripada semua keturunan menyatakan sukar mempelajari Sains dalam bahasa Inggeris dan 70 peratus pula Matematik.

Lemah bahasa inggeris

BESUT 2 Sept. Utusan Online - Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.
”Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.
Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.
Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.
Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu.
- Bernama

Paksa rela

KUALA LUMPUR 3 Sept. Utusan Online - Situasi ‘paksa rela’ dikesan sebagai antara punca utama yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan bahasa Inggeris oleh guru-guru yang terlibat dalam Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, apabila dasar PPSMI dilancarkan beberapa tahun lalu, ramai guru dikerah menyertai program itu bagi menampung masalah kekurangan tenaga pengajar.
Katanya, keadaan itu merupakan ‘hasil’ daripada dasar PPSMI yang dicadang dan diluluskan secara terburu-buru tidak lama dahulu.
”Keadaan ‘paksa rela’ ini menyebabkan sesetengah sekolah turut mendapatkan khidmat ustaz dan ustazah bagi membantu menyemarakkan usaha PPSMI.
”Justeru, saya tidak nafikan bahawa memang terdapat guru-guru yang tidak fasih berbahasa Inggeris mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, yang meminta guru-guru berkenaan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Menurut Razali, pihaknya mendapati ramai guru yang menggunakan BISP mereka untuk tujuan lain, seterusnya membantutkan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris.
Bagaimanapun Yim Pheng menegaskan, BISP tidak harus dihentikan kerana ia akan mewujudkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru.
Katanya, pemberian BISP hanya wajar dihentikan apabila Kementerian Pelajaran dapat menyediakan jumlah guru yang mencukupi untuk PPSMI.
”PPSMI masih dalam fasa percubaan, jadi memang banyak kelemahan yang dikesan,” jelasnya.

Tuesday, December 23, 2008

Selamat bercuti


Waaah bestnya Sem ni....banyak cuti....maknanya...baki sem 3 tinggal 13 minggu lagilah...kejap jerr....
Tapikan....
saya nak tanya...camana cara nak upload text...guna petunjuk blue ker? atau guna yang sebelah nieeee...

Keputusan Undian Fasa 2

6-Zuzita (Kurikulum matematik)
7-Diana(Penilaian)
8-Shida(Teknologi di dalam pengajaran matematik)
9-Kak Mahani(Akauntabiliti)
10-Kak Liza(Ethnomatematik)

Jika ada pembetulan...sila komen

Monday, December 22, 2008

Akum....apa khabar.....

amboi......diam jerr...cuti sekolah dah nak habis...cuti matrik baru nak bermula...so cikgu2 semua..teruskan usaha murni anda...umpama lilin yang sanggup membakar diri demi anak bangsa......eeewahhhh

Sunday, December 21, 2008

Tolong Sampaikan.....

akum...
Prof dato' Isahak mintak maaf byk2...kelas UKP hari tuuu...batal.Perjumpaan pertama tahu depanlah.... 3 Jan 2009.Masa dan tempatnya.. seperti yang telah dijadualkan...

Keputusan Undian Fasa 1

1-Zuzita (pencapaian matematik oleh pelbagai kumpulan sosial)
2-Diana(TIMSS)
3-Shida(Kebolehcapaian dan ekuiti)
4-Kak Mahani(EteMS)
5-Kak Liza(Standard pengajaran matematik)

Selamat Datang

Selamat datang dan sudikanlah untuk berkongsi maklumat.

PowerPoint_Tajuk 1

PowerPoint_Tajuk 6

Video P&P Matrikulasi