Selamat menempuh peperiksaan Sem 3

Isu Kontemporari 04.04.2009
Dan
Non Para 10.04.2009

Info Master...

 

 

MAC 2009

Selamat Meneruskan Pengajian
Minggu ke-14(tinggal beberapa hari lg untuk exam)

Exam ISU KONTEMPORARI
Jumaat 4 APRIL 2009

Kelas Minggu Tak Ada
Ganti Hari Sabtu

28 MAC 2009
9.00 pagi

Ada Masalah Tak?

Selamat Mengulangkaji....

 

 

Saturday, January 31, 2009

Kucing yang mengantuk....

Akum...

rasa-rasa laaa kan...pernah tak kita mengalami keadaan yang sama....

biasa berlaku...

- dalam bas
- semasa dengar ceramah
- semasa dalam kuliah

Wednesday, January 28, 2009

Berdebat atau perlian

Isu debat....di Malaysia ....Adakah ia membina minda pelajar atau hanyalah perlian semata-mata...
Adakah pelajar kita rela menggunakan BI...Umpama timun jer lah pelajar kita...ni...Kalau markah teruk...graf plak yang turun...result jadi cantik...pastuu hidung dah kembang semangkuk...rasa hebat...9A...10A 17A....20A...kualiti blom tahu lagi...masuk matrik.....hancur...masuk u lagi haru biru...kerja plak habis dikebas PATI...apalah nasib mereka nanti...sudah jatuh ditimpa tangga...

Cikgu wawa


Wawa bagi petua senaman ...untuk kurangkan tekanan...
lawati blog wawa




Free Flash banner at FlashBannerNow.com

untuk buat banner.....

leh amik nie....idea kak hani kita....

Thursday, January 22, 2009

Kak Dyana

akum..
kak D...add la saya...tak sabau nak curik ilmu nie...

saya terpaksa klik blog prof dulu...baru leh blog akak..

add ek.....
leh aaaa...

Kelas Prof:

Minggu nie...tak der so jangan tersasul plak...
minggu depan kita sama-sama pasang khemah di Lab 3...mulai...
jam 3.00-6.00 ptang....
sambung...6.00 ptg hingga...11.00 malam....
bawak stok makanan,air minuman,telekong smayang...pizza ker!!!..
karang kurus plak...
jangan lupa...
bawak roti...kak Liza blanja...

cari




kita suruh burung yang cari....
adoi....tak jumpa plak dia kata...
tension nie...tenet plak tak brapa ok...
Nasib baik hantar 30.01.09
legaaaa sikit

Tanya pada sang burung...


Manalah nak cari nilai alpha 0.01 niiii

Dr Sazeli

soalan ada 6

soalan yg ke 6....ada pembetulan tak.Nilai alpha 0.01...mana nak rujuk yek

Prof Isahak...

kita kena hantar :

1. tugasan terdahulu
2.latihan sc
3.latihan m3
4.latihan BI
5.soal selidk..

ada lagi tak?

Saja....nak tinjau-tinjau...

kalau kawan2

sembang-sembang

jangan taip kat sini...
saja-saja jah cuba....
terkeluaq kat sini plak....



Get your own Chat Box! Go Large!


Assalamualaikum...

Selamat pagi....

Tuesday, January 20, 2009

ini hak pelajar


Cikgu kita dulu-dulu mesti akan cakap ‘ingat je, memang dah macam tu’. Jadi kita pun hafal saja nilai pi. Tapi sekarang kita yang jadi cikgu. Adakah kita akan berikan jawapan yang sama?
Sebenarnya, kita boleh membuat aktiviti ringkas untuk murid-murid mencari asalnya nilai pi. Ringkasnya seperti berikut:
1. Setiap murid perlu membawa apa-apa benda yang berbentuk bulat (cth: dasar botol air mineral, duit syiling, penutup tin, dasar bekas makanan, etc).
2. Lukiskan bulatan menggunakan alatan tadi.
3. Ukur lilitan dan diameter bulatan.
4. Cari hasil bahagi lilitan/diameter.
5. Tanya setiap murid nilai yang mereka dapat (semua dapat nilai yang sama?)
Akhir sekali cikgu akan berkata ‘itulah asalnya nilai pi’.
Note:
1. Gunakan benang untuk mencari nilai lilitan bulatan.
2. Untuk mencari nilai diameter bulatan, potongkan bulatan yang dilukis tadi. Kemudian lipat bulatan itu kepada 2 bahagian. Garis tengah kesan lipatan itu adalah diameter bulatan.

Monday, January 19, 2009

Keajaiban Matematik

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 1111
23 x 9 + 4 = 11111
234 x 9 + 5 = 111111
2345 x 9 + 6 = 1111111
23456 x 9 + 7 = 11111111
234567 x 9 + 8 = 111111111
2345678 x 9 + 9 = 1111111111
23456789 x 9 +10= 1111111111

Penuhilah masa lapang anda....


Buat masa nie...kita baca buku master dulu.Tapi...bila dah tepu...urat dah tegang...baru kita baca buku lain.Proses ini sangat penting bagi mengelakkan salah satu daripada urat kita putus.
kalau baca buku lain banyak sangat...karang exam plak yang kantoi...so pandai-pandailah menilai baik buruknya.....
selamat mencuba

Masih ada jurang antara mereka

GRAF Bilangan Sekolah rendah dan menengah yang kekurangan infrastruktur dan kemudahan asas.

KINI setelah Malaysia diambang Jubli Emas ulang tahun ke-50 tahun kemerdekaan, usaha merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar semakin giat dijalankan.
Hal ini kerana, di 1,517 sekolah rendah dan 68 buah sekolah menengah, tiada bekalan air awam.
Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan dan telaga tiub.
Ini bermakna, masih ada sekolah yang mendapat sumber air daripada air sungai , air terjun dan menadah air hujan.
Perancangan kurikulum dan pembangunan perisian juga jauh lebih pantas daripada pembangunan infrastruktur.
Sebanyak 1,639 buah sekolah rendah tidak mempunyai bilik sains, dan 42 buah sekolah masih menumpang di sekolah lain.
Bagi sekolah menengah, 138 buah tidak mempunyai makmal komputer, 25 buah tidak makmal sains dan 26 buah masih menumpang di sekolah lain.
Begitu juga walaupun sistem pendidikan kebangsaan telah diperkenalkan kepada Orang Asli sejak 1960an, namun didapati bilangan yang berjaya dalam pendidikan amat kecil.
Statistik awal tahun 2000 menunjukkan masih terdapat sekolah di kawasan pedalaman, terpencil dan pulau yang tidak mendapat kemudahan asas.
Pada ketika itu, terdapat 20.6 peratus sekolah yang tidak mempunyai talian telefon, 86.6 peratus tiak mempunyai mesin faks, 7.3 peratus tidak mendapat bekalan elektrik dan 24.78 peratus tidak menerima bekalan air paip awam.
Seperti yang diramalkan, kekurangan infrastruktur akan menyeret sekali ke bawah prestasi pelajar.
Hal ini tiada kaitan dengan kecerdesan pelajar, tetapi lebih kepada corak hidup serta peluang yang terhidang kepada mereka.
Sekali lagi, statistik pada tahun 2000 membuktikan hal itu.
Secara keseluruhannya, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2000 jelas menunjukkan prestasi akademik prestasi akademik murid luar bandar lebih rendah - dalam mata pelajaran Bahasa melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Pencapaian murid bandar di atas tahap penguasaan minimum (A,B,C) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah 67.5 peratus berbanding murid luar bandar iaitu iaitu 51.9 peratus.
Pencapaian yang sama ditunjukkan bagi mata pelajaran Matematik iaitu 80.5 peratus bagi murid bandar berbanding 72.7 peratus bagi murid luar bandar.
Begitu juga bagi mata pelajaran Sains, pencapaian murid bandar ialah 81 peratus berbanding murid luar bandar cuma 75.9 peratus.
Begitu juga isu kekurangan guru terlatih di luar bandar. Kekurangan guru di sekolah rendah dapat dilihat berdasarkan isu-isu berikut:
1. Kekurangan guru bagi mata pelajaran kritikal seperti Sains, Matematik dan bahasa Inggeris.
2. Kekurangan guru berkelayakan untuk pendidikan khas.
3. Kekurangan guru lelaki berkelayakan mengikut opsyen yang boleh ditempatkan di kawasan pedalaman dan pulau menimbulkan masalah pengendalian kokurikulum dan mendapat guru ganti.
4. Bilangan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) masih ramai di luar bandar.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 masih menekankan kebimbangan yang sama dan keinginan untuk meneruskan hasrat merapatkan jurang berkenaan.
Cuma skopnya mungkin dikecilkan sedikit, iaitu merujuk kepada ketidaksamarataan dari segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru, terutama di Sekolah Kurang Murid (SK) dan sekolah Orang Asli di pedalaman.
Mengikut statistik terbaru, pada 2005 terdapat 5,077 (66.8 peratus) buah sekolah rendah dan 792 (39 peratus) buah sekolah menengah di luar bandar.
Pada kali ini, pihak pengurusan di Kementerian Pelajaran melihat daripada perspektif yang lebih luas.
Sebagai contoh, menurut mereka, sekolah rendah dan menengah, khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan pendidikan.
Terdapat 5,951 (78.3 peratus) sekolah rendah dan 870 (42.9 peratus) sekolah menengah berusia lebih 30 tahun dan memerlukan penyelenggaraan yang tinggi.
Dalam kalangan sekolah tersebut, terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam
Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah di pedalaman.
Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya.

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2007&dt=0207&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=is_01.htm

Saturday, January 17, 2009

Adakah hak mereka diambil peduli?


Pada saat guru mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran ...adakah hak pelajar diambil peduli?.Pernahkah kita bertanya...pendapat mereka?Faham kah mereka?Atau kita sekadar ingin melihat mereka mendapat A kesan dari teknik hafalan semata-mata?Fikir-fikirkan lah

Adi Putra


RENCANA UTAMA
Keistimewaan lain Adi Putra
Oleh ZAMRI RAMBLI

Genius matematik dari Bagan Serai, Adi Putra Abdul Ghani berusia genap sembilan tahun hari ini.SAYA pertama kali bertemu Adi Putra pada November 2005 di rumah datuknya di Tanjung Malim, Perak. Dalam pertemuan itu, Adi Putra telah menyelesaikan masalah darab matematik sepantas empat saat, sedangkan saya baru separuh jalan menekan punat nombor kalkulator. Adi baru berusia enam tahun ketika itu.

Saya juga terkejut dengan kepantasan Adi Putra mencongak, beberapa kiraan pendaraban yang lain seperti ribu dengan ribu, pengiraan isi padu silinder, pecahan dan perpuluhan di atas. Dalam diam, saya mengagumi kepintaran Adi Putra dan sekali sekala berasa diri saya kerdil di hadapannya.

Dua tahun kemudian, minggu ini, saya teruja lagi dengan pemilik wajah comel ini - Adi Putra dikatakan memiliki kelebihan lain selain matematik iaitu apa yang dipanggil deria keenam atau gerak hati.

Ahad lepas, Adi Putra berkunjung ke rumah keluarga Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang di Taman Medan, Petaling Jaya, sejak 9 Januari lalu. Menurut Adi Putra, beliau sedang cuba mencari Sharlinie menggunakan 'caranya'.

Ketika lawatannya, Adi Putra turut memberikan formula berbentuk pil bagi menenangkan perasaan ibu dan bapa Sharlinie selain pergi ke padang tempat Sharlinie dilihat sebelum kehilangannya.
Kemudian, Adi Putra membawa sekumpulan anggota polis ke Ulu Yam, Gombak selepas mendapat petunjuk Sharlinie pernah berada di situ. Walaupun, kecewa kerana hanya mendapat jejak kosong, penemuan satu tulisan bertulis 'media' di atas tanah memang mengejutkan. Ia dikatakan ditulis oleh penculik terbabit yang marahkan pihak media.
Menurut bapanya, Abdul Ghani Abdul Wahid, 49, sebenarnya ini bukanlah bantuan pertama yang diberikan oleh Adi Putra berkaitan orang hilang.
"Pernah sekali seorang kanak-kanak dipercayai lemas sudah 18 hari tidak ditemui. Keluarganya datang pun untuk minta tolong kalau-kalau boleh diberi petunjuk walaupun hanya untuk dapatkan tulang anaknya.
"Kami turun sendiri ke kampung mangsa untuk mencari. Bayangkan kami mencari di sebatang sungai dari tengah malam sampai pukul 5 pagi. Kemudian Adi Putra ajak balik. Sekitar pukul 7 pagi, keluarga mangsa telefon memberitahu mereka sudah menemui mayatnya dan ia masih dalam keadaan baik," cerita Abdul Ghani.
Akui beliau, Adi Putra tidak mahu menemui mayat mangsa secara terus kerana tidak suka mendabik dada. "Adi Putra usahakan dan biarkan orang lain yang temui, jadi orang tidak terlalu mengaitkannya dengan Adi Putra," katanya.
Dan Khamis lalu, saya berpeluang berbual santai dengan Adi Putra untuk menyelami kepintaran matematiknya dan bagaimana anak kecil ini melihat dunia. Saya juga ingin memahami sisi lain seorang Adi Putra.
Saya dibenarkan menemu bual Adi Putra secara bersendirian tanpa ditemani ibu bapanya - sesuatu yang jarang diperoleh media lain.

Thursday, January 15, 2009

Assalamualaikum...

Kawan-kawan semua.Jika anda ada maklumat yang ingin dikongsi bersama,sila nyatakan dan saya akan pamirkan pada info semasa.

Monday, January 12, 2009

Buat blog nie...best



Kita berlima+1(prof)+1(Nad)=Sem 3

So kenalah bersatu padu...tolong menolong antara satu sama lain...Yang perlukan bantuan...kita bantu...tapi...kena belanja ayam panggang sekor...

hahahhha...tak pun...nasik kerabu klate udah lerrr..

Tekunnya pelajar sem 3

Fuyyuuuuuu....kak LIza...Kak Mahani,Kak D dan Shida duk buat blog.Selamat berusaha.


hahahahhahha

tabahkan hati



jangan masak kat suami....

Sunday, January 11, 2009

Ibu Bapa Risau


Sebenarnya para ibu bapa pelajar risau tentang nasib anak mereka.Anak mereka dijadikan bahan ujikaji bagi menentukan kejayaan PPSMI.Adakah perubahan ini akan menguntungkan anak mereka atau akan merugikan anak mereka.

Bagaimana pula dengan kita? sebagai pendidik yang melaksanakan PPSMI?

Guruku...jasamu tetap dikenang


Walau apapun...jasa guru tidak boleh kita lupakan.Pada zaman 1990 an dulu...tak ada lagi benda-benda yang canggih nihh..tambah-tambah sekolah kampung FELDA plak tu.Memang 100% bergantung kepada jasa guru-guru

Kemana Hala tuju PPSMI


Akum...


Result SPM dah nak keluar...PMR dah...UPSR pun dah...rasa-rasanya kemanakah hala tuju PPSMI.Harus diteruskan atau perlukan 5 tahun lagi untuk membuat eksperimen?

Jatuh sekali ..bukan jatuh selama-lamanya


Semoga kita semua tabah dalam menghasilkan blog ini.Gunakanlah kata-kata azimat ini untuk memastikan kita bertenaga...hahahahhahhahah

Kurikulum Sains dan Matematik perlu semakan


Adakah anda setuju dengan cadangan ini?

Thursday, January 1, 2009

Undian

1-Zuzita (pencapaian matematik oleh pelbagai kumpulan sosial)
2-Diana(TIMSS)
3-Shida(Kebolehcapaian dan ekuiti)
4-Kak Mahani(EteMS)
5-Kak Liza(Standard pengajaran matematik)

PowerPoint_Tajuk 1

PowerPoint_Tajuk 6

Video P&P Matrikulasi